Wednesday, April 29, 2009

KELEBIHAN BERWUDUK ... . .

Rasulullah Saw Bersabda:




Manakala Orang muslim berwuduk lalu dia berkumur, keluarlah dosa dari mulutnya, jika ia menghisab air dengan hidung, maka keluarlah dosa dari hidungnya, jika ia membasuh muka, keluarlah dosa dari muka mukanya dan keluarlah dari pelupuk matanya, manakala ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah dosa dari kedua tangannya hingga dari bawah kuku-kukunya..


Manakala ia mengusap kepalanya dan manakala dia membasuh kedua kakinya. Kemudian ia mendapat pahala berjalan ke Masjid dan solat sunat ..

Tuesday, April 28, 2009

KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD ... .

Kelebihan solat Tahajud

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan.

5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.
5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana

2. Tanda berkat pada wajahnya

3. Disukai oleh ramai manusia

4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana

5. Bila bercakap penuh hikmah


4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

1. Wajahnya bercahaya

2. Diringankan hisab

3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar

4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan

"Ya Allah…ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu…"

Monday, April 27, 2009

GAMBAR DI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN KUALA KANGSAR PERAK..















Di Dewan Serbaguna Kolej Islam Darul Ridzuan



Ni gambar belakang Perpustakaan (Maktabah) Hehe..


Bahagian depan Pejabat Pentadbiran Kolej Islam Darul Ridzuan.


SEBAHAGIAN DARIPADA KISAH HIDUP ANA...

First time nak menulis blog.. Hehe.. Untuk pengetahuan Antum semua Ana yang bernama Nur Atiqah ni ataupun senang org panggil Ana ni Atiey je.. Ana ni sebenarnye bukan berasal daripada sek agama pun.. Sekolah agama pun setakat darjah 5 je..

Em Ana dilahirkan pada 13 December 1989 di Hospital Kuala Pilah kat N.Sembilan.. Ana sekolah tadika kat Palong Timor 01 kat Johor.. Em then sek rendah kat Palong Timor 01 jgk hingga darjah 5 je...

Lepas tu Ana ikut Ayah ngan Family Ana ke Lahad Datu Sabah, hem org kata naik belonlah katakan.. Hehe.. Lepas tu pulok sambung darjah 6 kat Sk Cenderawasih kat Lahad Datu Sabah.. Lepas tu gi sek menengah tempat Mak Ana mengajar kat SMK Desa Kencana (SMKDK) Lahad Datu Sabah, hingga Form 3 je.. Em Form 4 pulok Ana continue kat SMTeknik Lahad Datu Sabah dlm kos Pengurusan Perniagaan..

Tahun 2008 time tu lps tu Ana dpt masuk Kolej Islam Darul Ridzuan kat Kuala Kangsor, Perok.. Hehe.. Di situlah Ana melanjutkan pelajaran dalam kos Pengajian Islam..