Saturday, April 10, 2010

Sabar Untuk Tidak Melihat kekayaan Orang Lain..

    

Mcm tu lah lebih kurang sikap kite... Terkadang tidak ade sifat SABAR dalam diri kite.. Assifatu Sobar..
Kan sifat sabar itu separuh daripada Iman.. Assobarul minal Iman.. Hehe..

       Di zaman yang serba moden yang dan teknologi yang canggih ni hem mesti ramaikan  yang sedang sibuk mencari harta kekayaan yang takkan pernah habis.. Jadi Nabi Muhammad Saw Nabi Junjungan Kite pun tidak mengejar harta kekayaan Duniawi ni kan plak kite.. Huhuhu.. Hem tapi mane buleh jgk takde harta duitkan.. Zaman skrng ni hem semua nak pakai duit.. Tapi biar berpada-padalah kan.. Hehe.. Sifat Sabar ni em saje Ana tulis buat peringatan kpda Semua tak kira agama bangsa dan Negara.. Hehe. Buat peringatan untuk diri Ana ni jgk.. Hehe..

         Ade aspek lain yang berupa sabar terhadap kesenangan dan keindahan hidup Duniawi, iaitu Sabar untuk tidak melihat dan menoleh kepada kesenangan Hidup dan kekayaan Orang lain  serta keinginan memperolehi kenikmatan harta dan anak yang mereka miliki,sedangkan mereka itu Orang yang akuh dan menyeleweng (Rasuah).Kemewahan Hidup Orang-orang yang akuh dan menyimpang itu meskipun pada lahirnya nampak suatu kenikmatan. Itu semua hanyalah hanya sementara sahaja. Hanya Ujian daripada ALLAH S.W.T untuk menguji kesabaran kite di dunia ini, di Akhirat sanalah yang kekal abadi. Pada hakikatnya ianya merupakan suatu penderitaan dan kesusahan.


Firman ALLAH S.W.T. :

"Apakah Mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada Mereka itu (bererti        bahawa), Kami bersegera memberi kebaikan kepada Mereka? Tidak, sebenarnya Mereka tidak sedar."

(Al-Mukminun: 55-56)

Dalam Hal ini ALLAH S.W.T. Berfirman kepada Rasulullah Saw:
Dan janganlah Kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepadagolongan-golongan dari mereka,sebagai bunga Kehidupan di Dunia untuk Kami cubai mereka dengannya.Dan kurnia TUHAN kamu adalah lebih baik dah kekal.. 

Seorang Mukmin yang sejati merasa diri mulia dan terhormat dengan pemberian Nikmat Hidayah  Iman dan Taufik untuk taat patuh kepada ALLAH S.W.T. Dia menyedari bahawa harta itu sebenarnya maya dan merupakan bayangan yang akan lenyap,amanah yang akan diambil kembali oleh pemiliknya.Dia tidak peduli dengan kehebatan kehidupan dan keindahan lahiriah yang dimiliki para jutawan,kaum bijak pandai dan penguasa.Hal ini pernah dikisahkan Al-Quran ketika Orang-orang di hadapan mereka dengan kemewahan,keindahan dan kemantapan dan iringi rombongannya dengan megah. Orang-orang yang terpikat dengan nada penuh harap dan hasrat yang penuh.

"Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun: Sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar."

(Al-Qasas : 79)

Sedangkan Orang-orang yang berilmu,beriman,berakal dan sabar berkata:

"Kecelakaan yang besarlah bagimu,pahala ALLAH S.W.T.  adalah lebih baik bagi Orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan tidak diperoleh pahala itu,kecuali Orang-orang yang sabar."



Monday, April 5, 2010

Kemasukan Pelajar Baru sesi Jun 2010.. Huhu.. Tak sabar rasenyer...

Huhu... Tak sabar2 lah plak rasa nak kelik ke kolej balik.. Hehe.. Berjumpa dgn Sohabati...
Nak berta'aruf dgn Pelajar-pelajar baru (Tolibun Jadidun)... Adik-adik lah katakan... Hehe..
Bermakna bertambahlah Usratun di KISDAR ek..
Nak bertemu dengan Ustaz2 dgn Ustazah2 lagi.. Hehe..

Rindu sangat2 kat Sahabat2 Ana.. Huhuhu..